Welcome 2012-Apakah Reaksi Anda !!!!!!!!!!!!!!!!!

new2 2010new1 2010

Sunday, November 1, 2009

Cara Meningkatkan Kelulusan Pinjaman Anda

Salah satu faktor yang dilihat oleh institusi kewangan dalam kesesuaian permohonan pinjaman perumahan anda adalah tahap DSR (Debt Service Ratio) anda. DSR merujuk kepada peratusan jumlah komitmen bulanan (bank) kepada pendapatan setiap bulan seseorang dan ia akan menunjukkan bahawa kebolehan anda di dalam menangani hutang / komitmen anda setiap bulan. Jika tahap peratusan DSR anda rendah, ini bermakna peratusan untuk kelulusan permohonan pinjaman perumahan anda adalah tinggi.Boleh dikatakan setiap institusi kewangan di negara ini menetapkan tahap DSR peminjam sehingga 60%, dan kebanyakkannya menetapkan kadar 50% kebawah boleh diterima untuk membuat pinjaman.

Ini tidak bermakna permohonan pinjaman anda akan diluluskan jika kadar DSR anda di bawah 50%. Faktor seperti rekod-rekod pembayaran pinjaman terdahulu juga di ambil kira. Walaubagaimanapun, tahap DSR yang bagus (rendah) dapat meningkatkan peluang kelulusan pinjaman perumahan anda.Secara asasnya tahap DSR dikira melalui formula berikut:

[Pendapatan / Hutang (Bank)] x 100 = X%

Mengurangkan dan melupuskan hutang / komitmen andaSalah satu cara dalam mengurangkan komitmen bulanan anda ialah dengan melupuskan hutang anda. Selalunya institusi kewangan di Malaysia bukan sahaja menilai baki pinjaman dalam mengira DSR, mereka juga akan menilai jumlah pinjaman yang tidak digunakan.Sebagai contoh kad kredit, institusi kewangan akan mengambil kira sebanyak 1% - 5% daripada jumlah limit kad kredit anda ke dalam DSR, walaupun anda tidak menggunakan kad-kad tersebut.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai 3 kredit kad dengan jumlah kredit sebanyak RM30,000.00, pihak bank akan beranggapan bahawa anda akan berbelanja menggunakan kad kredit anda dari RM300.00 (1%) hingga RM1500.00 (5%) sebulan. Jumlah ini akan di masukkan kedalam kiraan DSR anda. Perkara-perkara sebegini akan memberi kesan negatif kepada tahap DSR anda.Melupuskan hutang anda dengan merancang untuk membayar atau melangsaikan sebahagian hutang yang kecil seperti overdraf yang tidak pernah digunakan atau pinjaman sewa beli (kereta) yang hanya tinggal sedikit dan membatalkan kad kredit yang tidak digunakan. Anda juga dinasihatkan untuk melangsaikan hutang yang mempunyai kadar interest yang tinggi dahulu tetapi dalam masa yang sama membuat bayaran minimum terhadap hutang-hutang yang lain.Secara asasnya institusi kewangan di Malaysia akan mendapatkan dan menganalisa jumlah hutang anda dengan menggunakan laporan kredit CCRIS (Central Credit Information System).

Laporan tersebut akan di hantar oleh pihak bank ke Bank Negara Malaysia setiap bulan. Sila pastikan anda telah melangsaikan hutang-hutang atas nama anda sebelum membuat permohonan pinjaman perumahan, seperti pinjaman peribadi yang hanya berbaki RM2000, atau melupuskan kad kredit anda yang tidak digunakan. Ini akan memperbaiki laporan kredit anda seterusnya akan menjadikan peluang permohonan pinjaman anda diluluskan amatlah cerah.Pendapatan SampinganJika anda mempunyai sumber pendapatan sampingan seperti komisen ejen insurans / unit amanah, dividen saham, sewa rumah, atau yuran pengarah, dengan memberitahu institusi kewangan tentang pendapatan tersebut akan dapat perbaiki tahap DSR anda. Pastikan anda mengemukakan bukti yang kukuh seperti perjanjian sewa rumah, penyata komisen, penyata dividen, dan penyata bank untuk tempoh 3-6 bulan.

Peminjam BersamaUntuk pinjaman perumahan, pihak bank membenarkan 2 nama digunakan. Pendapatan daripada 2 penama tersebut akan dicampurkan semasa mengira DSR, dan komitmen / hutang kedua-duanya juga akan diambil kira, jadi pastikan penama kedua tersebut mempunyai tahap DSR yang baik.Memanjangkan Tempoh BayaranMemanjangkan tempoh bayaran merupakan salah satu cara untuk mengurangkan tahap DSR anda iaitu apabila tempoh bayaran menjadi panjang, secara automatik bayaran bulanan perumahan anda juga akan menjadi rendah. Ini akan membantu kadar DSR anda untuk turun.Kelebihan mempunyai tahap DSR yang baikTahap DSR anda dinilai dengan gabungan kekuatan jaminan aset, rekod bayaran pinjaman, dan faktor-faktor lain. Jika faktor-faktor tersebut menunjukkan petanda positif, kemungkinan untuk permohonan pinjaman anda diluluskan adalah lebih tinggi. Kelebihan lain adalah anda akan mendapat pinjaman perumahan pilihan anda dan proses untuk permohonan diluluskan akan mengambil masa yang lebih singkat.

Anda juga boleh boleh membuat rundingan dengan pihak bank untuk terma dan syarat pinjaman yang lebih baik seperti mengurangkan kadar interest dan yuran-yuran lain.KesimpulanDengan mengekalkan tahap DSR yang sesuai adalah perkara yang baik untuk memastikan anda tidak akan dibebani dengan hutang-hutang yang perlu anda jelaskan setiap bulan. Rancang dan kawal perbelanjaan anda setiap bulan, dan buat bayaran pinjaman anda pada sebelum tarikh akhir yang dinyatakan di dalam penyata.Sekian sahaja perkongsian buat kali ini, jika terdapat sebarang pertanyaan atau komen boleh gunakan ruangan ulasan di bawah. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment