Welcome 2012-Apakah Reaksi Anda !!!!!!!!!!!!!!!!!

new2 2010new1 2010

Thursday, December 24, 2009

Kecualikan 5% Cukai Keuntungan Hartanah

PUTRAJAYA 23 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semua penjualan hartanah yang dimiliki melebihi 5 Tahun akan dikecualikan cukai keuntungan hartanah sebanyak lima peratus.

Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah bagi merangsang pertumbuhan pasaran hartanah pada tahun depan meskipun keputusan berkenaan bermakna kerajaan akan mengalami kekurangan sumber pendapatan sebanyak RM200 juta.

Sebelum ini dalam Bajet 2010, kerajaan memutuskan untuk mengenakan cukai tersebut bagi semua urusniaga penjualan hartanah.

Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan insentif bagi merancakkan sektor pelancongan iaitu semua hotel yang menjalankan proses pengubahsuaian akan mendapat potongan cukai sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun.

Perdana Menteri berkata, langkah yang boleh dianggap sebagai satu bentuk elaun pelaburan semula itu bermakna kerajaan melanjutkan tempoh pengecualian cukai pelaburan sehingga 15 tahun berbanding 10 tahun pada masa ini.

‘‘Pengumuman ini adalah satu tanda keikhlasan kerajaan dan diharapkan ia mendapat maklum balas yang sewajarnya dari ahli-ahli perniagaan supaya bekerjasama dengan kerajaan.

‘‘Kerajaan mahu membantu sektor hartanah yang dijangka bertambah baik kerana dengan pertumbuhan yang tinggi dalam sektor itu, kita akan menikmati pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment